Wednesday 21 March 2012

mari berhijab!

hijab??
apa yg dikatakan dgn hijab?
hijab bukan sekadar sehelai kain menutup kepala,
ia juga bukan sekadar sehelai kain menutup anggota badan,
namun ia pakaian  yg menutup keseluruhan aurat kita.
ia merupakan pakaian takwa.


hijab merupakan pakaian yg tidak ketat, nipis dan berlebih-lebihan.
hijab menutupi aurat kita dari hujung kaki hingga hujung kepala 
kecuali muka dan kedua tapak tangan.
 jika kita berkata "aku telah berhijab" maka kita perlulah berhijab
dengan bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar menggunakan perkataan
"aku telah berhijab"
namun masih lari dari konsep hijab yg sebenar.
ya, memang ianya tak mudah, tetapi ianya bukan mustahil. 


mari kawan-kawan atur langkah satu persatu. jgn takut
untuk laksanakan perintah ALLAH.
jika ada manusia mengeji mu kerana hijab,
maka ketahuilah ALLAH akan mengeji mereka kembali 
kerana perbuatan mereka mengejimu.


ketahuilah kawan-kawan, dirimu sgt cantik
jika BERHIJAB.......
;-)


Thursday 8 March 2012

Muhasabah Diri....

Ingatan dan pesanan untuk diri ini dan semua...
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

dari petikan: 10 wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna...


insyaallah, semoga menjadi pegangan diri ini...