"kenapa adik A dapat handphone? baru tingkatan 1.
untunglah dia. bukan macam aku."
"aku pun selalu jarang balik rumah tapi kenapa ibu selalu masakkan
makanan kegemaran adik B. benci!"
ungkapan mcm ni yang selalu kita dengar dari mereka yang
bergelar anak sulung.
kenapa?
sedangkan kita belajar rajin-rajin macam adik-adik yang lain.
kita berlumba-lumba buat baik untuk tarik perhatian ibu ayah.
kita tak putus-putus berdoa untuk mereka, dalam doa,
setiap ingatan adalah untuk mereka.
pendek kata, semua yang kita buat adalah untuk menawan hati mereka.
tetapi kita masih gagal.
kenapa????!
wahai anak sulung! bersabarlah. mungkin ini
adalah peluang untuk anda mengadu kepada Allah. luahkanlah
kepada Allah tentang apa yang sedang anda lalui.
Allah itu Maha Mendengar dan Maha Menghitung,
setiap niat dan usaha yang kita lakukan akan Allah hitung.
anggap sahaja usaha yang kita lakukan adalah sebagai percubaan untuk membalas
jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini.
Allah telah menjanjikan balasan syurga untuk mereka.