Friday 11 May 2012

belanjawan ketika melancong..

niat untuk merehatkan badan dan minda sudah
tentu tersemat di hati sebelum memulakan perjalanan.
oleh itu, perbelanjaan yang minimum perlu diutamakan untuk
berjimat. keselesaan juga jangan dilupakan.



1. PERANCANGAN.
sebelum membuat keputusan untuk melancong, rancang dahulu bersama
rakan-rakan mengenai tempat yang ingin dilawati dan juga
bajet setiap seorang. adalah lebih baik anda dan rakan-rakan 
memilih tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan tinggi 
sama ada untuk membeli-belah ataupun menginap.

2.  BERDIKARI.
tentukan dahulu niat anda untuk melancong. jika niat di hati
hanya untuk menenangkan fikiran sambil melihat keindahan tempat yang dikunjungi,
maka tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli-belah.
cukup sekadar membeli cenderahati sebagai kenangan sahaja.
anda perlu bijak tatkala membeli kerana penjual mengenali muka baru
dan ia satu peluang untuk mereka mengenakan harga yang tinggi.

3. PENGINAPAN.
jika anda pergi bersama rakan-rakan, seelok-eloknya anda berpakat 
untuk berkongsi bilik penginapan. tapi mengikut jantinalah..
ada sesetengah tempat menyediakan perkhidmatan asrama di mana di
dalam satu bilik terdapat beberapa katil untuk tetamu. secara tidak
langsung, anda boleh berjimat dan menggunakan wang selebihnya untuk berbelanja.

4. PENYELIDIKAN.
membuat kajian terlebih dahulu bagi mengetahui keadaan sesuatu tempat
merupakan perkara yang amat penting sebelum merancang untuk melancong.
internet adalah cara paling mudah untuk anda mendapatkan maklumat 
tentang tempat-tempat menarik yang ada di seluruh dunia.
bertanya pada orang yang sudah berpengalaman juga salah satu
langkah yang bijak.

5. PENGANGKUTAN.
bab pengangkutan ni, kalau  boleh kongsilah kenderaan dengan rakan-rakan
anda. tapi bila dah berkongsi kereta, janagan lupa untuk kongsi duit
minyak. selain itu, anda boleh meggunakan perkhidmatan bas. 
lebih jimat dan anda tidaklah terasa penat kerana tidak memandu kenderaan sendiri.
jika melancong ke tempat yang jauh, survey kat internet
untuk cari tiket kapal terbang yang murah dan berpatutan.



SELAMAT MELANCONG!

0 comments:

Post a Comment