Wednesday 2 May 2012

cikgu dalam kehidupan saya


1. cikgu yang TERBAIK dalam hidup adalah PENGALAMAN.
ia merupakan cikgu yang terbaik dalam kehidupan kita semua.
dari sesuatu pengalaman, kita dapat mengenal apa itu
erti sebuah kehidupan yang sebenar.
dan dari pengalaman juga dapat mematangkan seseorang manusia.
so, tanpa pengalaman kita tidak mampu maju kehadapan dan memperbaiki diri
kerana sebuah pengalaman itu tidak dapat 
di beli dengan nilai wang tetapi pengalaman hendaklah dilalui dan dirasai..




2. cikgu yang TERISTIMEWA dalam hidup adalah IBU BAPA.
ibu bapa adalah yang teristimewa dalam hidup kita.
mereka yang mengajar tentang kehidupan dari kita kecil
hinggalah dewasa. tanpa mereka, siapalah kita..
hargailah ibu bapa kerana mereka bersusah payah mendidik dan memelihara kita. 
sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita sepertimana mereka mengasihi kita.
bak kata pepatah " kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selama-lamanya.." 



3. cikgu yang TERINDAH dalam hidup adalah TENAGA PENGAJAR.
pensyarah-pensyarah, cikgu-cikgu sekolah menengah mahupun sekolah rendah
dan sesiapa sahaja yang pernah mendidik kita adalah yang terindah dalam hidup ini.
mereka bersusah payah mendidik kita dari mengenal ABC dan 123 sehinggalah
menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa adan negara. 
so, dengan ilmu yang diberi dapat diamalkan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya
dalam kehidupan ini.




so, hargailah mereka (cikgu-cikgu) selagi ada, hidup ini hanyalah sementara
dan bukan selama-lamanya. ;-)




0 comments:

Post a Comment