Wednesday 9 May 2012

adab ketika berdepan dengan masalah ;-)

kehidupan manusia di dunia ini tidak pernah terlepas 
dengan ujian daripada Allah. pelbagai dugaan di turunkan kepada 
insan yang terpilih bagi menilai sejauh mana kekuatan iman seseorang.


1. SABAR DAN TABAH.
memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan
ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. apabila 
sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut 
lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.


2. BERISTIGHFAR.
kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan 
"Innalillahi wainnailaihi raji'un". ayat pertama yang keluar dari mulut 
anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika
dan ingat pada yang Maha Esa akan ujian yang diterima.

3. SIASAT TERLEBIH DAHULU.
apabila masalah anda melibatkan orang ke tiga, maka
sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebih dahulu kebenaran
berita tersebut. sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. anda
jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan 
tanpa anda melihat sendiri perkara tersebut.

4. BERFIKIRAN POSITIF.
jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang
sangat berat. fikiran anda perlu sentiasa positif dengan
memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya.
tanpa dugaan, hidup anda tidak akan mencabar dan kurang pengalaman hidup.

5. REDHA.
akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang di berikan.
segala yag berlaku pasti ada hikmahnya. apabila anda menerima takdir Allah, dengan
izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda.
jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita kegembiraan
yang lain selepas itu.




0 comments:

Post a Comment