Tuesday 15 May 2012

cawan & kopi


assalamualaikum...
setiap benda yang kita lihat di sekeliling kita merupakan satu benda
yang sangat unik yang tidak mampu dilogikkan dengan akal fikiran kita.
jadi, di sebalik apa yang kita lihat tu, cuba teliti dengan baik
bagaimana proses ianya berlaku dan bagaimana ianya terjadi..



contohnya cawan dengan air kopi  macam gambar kat atas ni.
cuba fikirkan, kadang-kadang bila kita minum kopi, kita melihat cawan tersebut
 ataupun
kelazatan kopi tersebut??



sebab tu ramai diantara kita yang tiada hala tuju hidup, hidup dengan
tekanan dan rasa kesunyian.
ini kerana kita tak melihat pelbagai kelebihan, keistimewaan 
dan keindahan yang Allah jadikan pada diri kita.
sebaliknya, kadang-kadang kita banyak melihat dari sudut
luaran fizikalnya sahaja.

so, jadilah seperti air kopi dan bukannya cawan. kita rasakan
kelazatan, keindahan dan keistimewaan yang ada dalam diri kita 
dan seterusnya berusaha mengembangkan bakat dan
potensi diri untuk menjadi insan yang terbaik untuk diri kita sendiri.
jadi, pilihlah sama ada anda mahu menjadi seperti cawan atau kopi.

renung2kan! ;-) 




0 comments:

Post a Comment