Wednesday 9 May 2012

susah senang bersama...


assalamualaikum sahabat...
rakan ketika senang sangat mudah untuk di cari,
tapi bila kita menghadapi masalah tiada seorang pun yang ingin membantu.
anda perlu ingat, sesungguhnya apabila anda berbuat baik kepada
orang lain, nescaya satu hari nanti Allah akan membalas jasa anda.


1. SABAR.
          sahabat baik akan sentiasa sabar melayan kerenah anda yang sentiasa berubah-ubah setiap masa.
           dia tidak jemu mendoakan yang terbaik untuk anda serta menyokong
segala usaha yang telah anda buat.

            




2. KEBAIKAN.
menjadi peranan setiap sahabat untuk saling mengingati antara
satu sama lain supaya mendekatkan diri kepada Allah tidak kira dalam apa jua
keadaan sekalipun. selain itu, dia juga
mengajar anda erti kebaikan dan menghalang daripada
melakukan kemungkaran. InsyaAllah..

panduan memilih sahabat.

3. BERKORBAN.
ketika anda berada dalam kesusahan mahupun kesenangan, dia cepat
menghulurkan bantuan. ada juga yang sanggup berkorban untuk anda seperti 
datang jari jauh untuk meraikan hari konvekesyen anda.
sudah tentu sahabat anda itu amat mementingkan ikatan persahabatan 
yang terjalin.



 


4. SEMANGAT.
apabila anda menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup, sahabat 
anda tidak berputus asa memberikan semangat serta kata-kata pembakar
yang boleh menstabilkan emosi anda. segala nasihatnya boleh diguna pakai 
dan mendatangkan kebaikan.



so, cari lah ramai sahabat.
tidak rugi pun seseorang itu jika mempunyai ramai sahabat.
;-)






0 comments:

Post a Comment