Thursday 17 May 2012

5 rahsia orang bijak..

assalamualaikum...
mesti semua orang nak tahu rahsia 
mereka2 yang bijak ni kan. diorang bijak sebab 
selalu study ke atau selalu buat latihan ke..
nilah antara 8 rahsia orang bijak.. Insyaallah..

1. Mengambil sarapan pagi.
Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah 
penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. 
Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang.
Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan 
paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan 
bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak 
sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.




2. Elak makan secara berlebihan.
Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. 
Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan 
banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk 
tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan 
sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, 
mengantuk dan hilang daya fokus.

3. Elak merokok.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak 
bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.

4. Hidu udara yang bersih.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. 
Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi 
otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.

5. Kurang berimaginasi/berfikir.
Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan 
mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu 
dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang 
untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran 
seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.






0 comments:

Post a Comment