Thursday 3 May 2012

berbahagialah wahai anak-anak sulung..

"kenapa adik A dapat handphone? baru tingkatan 1.
untunglah dia. bukan macam aku."

"aku pun selalu jarang balik rumah tapi kenapa ibu selalu masakkan 
makanan kegemaran adik B. benci!"

ungkapan mcm ni yang selalu kita dengar dari mereka yang 
bergelar anak sulung.
kenapa?
sedangkan kita belajar rajin-rajin macam adik-adik yang lain.
kita berlumba-lumba buat baik untuk tarik perhatian ibu ayah.
kita tak putus-putus berdoa untuk mereka, dalam doa,
setiap ingatan adalah untuk mereka.
pendek kata, semua yang kita buat adalah untuk menawan hati mereka.
tetapi kita masih gagal.
kenapa????!

wahai anak sulung! bersabarlah. mungkin ini
adalah peluang untuk anda mengadu kepada Allah. luahkanlah
kepada Allah tentang apa yang sedang anda lalui.
Allah itu Maha Mendengar dan Maha Menghitung,
setiap niat dan usaha yang kita lakukan akan Allah hitung.
anggap sahaja usaha yang kita lakukan adalah sebagai percubaan untuk membalas 
jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini.
Allah telah menjanjikan balasan syurga untuk mereka.


wahai anak sulung!
kita bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi
hidup 'susah' dahulu bersama ibu ayah. mungkin waktu itu,
adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
mereka terlepas saat-saat sukar yang menambah sayang kita pada ibu ayah.
kita menyaksikan kesusahan mereka untuk memberikan yang terbaik
untuk kita. percayalah, Allah itu Maha Adil.

buat anak-anak sulung yang dikasihi Allah,
sesungguhnya setiap manusia di uji dengan ujian yang berbeza.
ingatlah, tiada ibu bapa yang bencikan anak mereka.
cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka.
maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan 
kepada mereka. jangan sesekali  menghitung kebaikan kita kepada mereka.
jadilah anak sulung yang cekal, baik hati dan sentiasa berserah kepada Allah.
terus kuat ya anak-anak sulung! walaupun saya bukan anak sulung.
hehehe... ;-)








2 comments:

  1. saya sokong...org tue2 kate,,byasenye yg tue ni lbih dlu mkn garam drpd yang mude...
    sabar...

    ReplyDelete
  2. saya anak sulung,,tapi bila balik rumah adik2 yang cemburu dengan saya,,hahaha :D

    ReplyDelete